Warisan bukan parti ‘cincai’

Mohd Azis
Mohd Azis
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) bukanlah parti ‘cincai’ sebaliknya dianggotai oleh pemimpin pejuang yang telah merasai keperitan berjuang di jalanan sebelum berjaya membentuk kerajaan negeri.

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pemimpin Warisan sentiasa berpegang kepada prinsip dan kekal bermaruah.

“Apa yang membuatkan dia berfikir kita tidak boleh selamat dalam air pasang sedangkan kita masih lagi kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain yang menolak sebarang kerjasama antara UMNO dengan Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) di Sabah.

Dalam kenyataannya itu, Mohd Azis juga menafikan desas-desus mengatakan Warisan mahu menyertai Perikatan Nasional sebaliknya beliau menegaskan agar melupakan sahaja niat itu sebaliknya Warisan cuma boleh memberi sokongan kepada Perikatan Nasional demi kebaikan rakyat Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: