Bergson-Arif Aiman pemecah kebuntuan JDT

Gandingan Arif Aiman-Bergson sekali lagi dijangka menjadi penentu kemenangan JDT ke atas Sri Pahang di Bukit Jalil malam ini.
Gandingan Arif Aiman-Bergson sekali lagi dijangka menjadi penentu kemenangan JDT ke atas Sri Pahang di Bukit Jalil malam ini.
A
A
A

MESIN gol, Bergson da Silva dan Pemain Paling Bernilai (MPV) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025, Arif Aiman Hanapi menjadi sandaran utama Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam misi mempertahankan gelaran Piala Malaysia musim ini, menurut bekas penyerang kebangsaan, V Saravanan.

Saravanan berkata, gandingan Bergson-Arif Aiman sering tampil cemerlang dalam perlawanan berintensiti tinggi dan menjangkakan kedua-dua pemain itu disenaraikan dalam kesebelasan utama JDT menjelang pertemuan menentang juara edisi 2014, Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

“Sejujurnya, saya rasa Bergson dan Arif Aiman akan main peranan besar dalam final ni.

“Walaupun ada Romel Morales, Heberty Fernandes dan beberapa pemain lain yang boleh menjaringkan gol tapi gandingan Bergson-Arif Aiman selalu jadi penyelamat dalam saat-saat genting.

“Bergson dan Arif Aiman bijak membaca permainan dan mereka mampu mengubah tempo perlawanan sekiranya pasukan lawan bermain secara bertahan,” katanya yang turut meramalkan JDT bakal tampil dengan formasi 4-3-3 atau 3-5-2.

Dalam pada itu, legenda Perak ini mengakui Sri Pahang tampil selaku pasukan underdog apabila turun beraksi tanpa kelibat Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo.

Namun, Saravanan percaya kelab pantai timur itu mmapu menghadirkan kejutan sekiranya barisan pemain berpengalaman Tok Gajah berjaya menterjemahkan taktikal yang diterapkan Fandi Ahmad.

“Pahang akan cuba melakukan serangan balas pantas menggunakan kelincahan pemain sayap seperti T Saravanan biarpun dijangka tanpa Sherman dan Hidalgo, namun dalam situasi semasa Pahang akan bermain secara kompak bagi mengekang rangkaian mesin gol JDT.

Artikel Berkaitan:

“Pahang cenderung menyerang secara pantas selepas berjaya merampas bola dan itu boleh menjadi ancaman kepada JDT.

"Namun JDT memiliki kelebihan dari segi kawalan permainan dan keupayaan mencipta kelebihan jumlah pemain di kawasan tengah,” katanyan yang menjangkakan kemenangan 3-1 berpihak kepada Harimau Selatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!