Ahmad Faizal pengerusi Perikatan Nasional Perak?

Poster organisasi Perikatan Nasional Perak yang tular disahkan palsu.
Poster organisasi Perikatan Nasional Perak yang tular disahkan palsu.
A
A
A

IPOH - Satu poster kini tular menunjukkan organisasi baharu Perikatan Nasional yang meletakkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai pengerusi gabungan baharu tersebut.

Lebih menarik lagi, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak diletakkan sebagai Timbalan Pengerusi 1 dan Timbalan Pengerusi 2.

Bagi Pemuda dan Wanita pula masing-masing diketuai Pas dan UMNO manakala timbalan terdiri daripada semua ketua-ketua parti gabungan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Saarani yang dihubungi Sinar Harian menafikan senarai yang tertera pada poster tersebut.

"Tak betul," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Perkara itu turut dinafikan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang menjelaskan senarai dalam poster tersebut palsu.

Kerajaan Perak sehingga kini kekal status quo ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) dan Ahmad Faizal kekal sebagai Menteri Besar.

Perubahan pentadbiran kerajaan negeri dijangka berlaku di Perak susulan terbentuknya kerajaan baharu di peringkat Pusat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sokongan daripada UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Artikel Berkaitan: