Paip pecah punca tiga kali turap jalan berlubang

Jalan berlubang dipercayai berpunca paip pecah.
Jalan berlubang dipercayai berpunca paip pecah.
A
A
A

SEREMBAN - Satu lorong di Persiaran Rimbun Utama akan ditutup sementara bagi kerja baik pulih penukaran paip Indah Water Konsortium (IWK) yang pecah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, sebelum ini jalan itu berdepan masalah jalan berlubang berulang dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan kerja penurapan sebanyak tiga kali di kawasan tersebut.

Nicole (kiri) meninjau lokasi jalan berlubang yang telah diturap sebanyak tiga kali.
Nicole (kiri) meninjau lokasi jalan berlubang yang telah diturap sebanyak tiga kali.

"Setelah membuat semakan serta kajian, didapati bahawa paip RCP Utama IWK pecah.

"Sehubungan itu kerja baik pulih serta membuat penukaran paip tersebut akan dibuat bermula Isnin depan," katanya menerusi kenyataan.

Lokasi jalan berlubang.
Lokasi jalan berlubang.

Katanya, sebagai keselamatan, pasukan IWK akan menutup satu lorong selama dua minggu di lokasi berkenaan sepanjang kerja dilaksanakan.

Justeru katanya, pengguna diingatkan untuk mengurangkan kelajuan serta berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!