Buat kecoh di pesta Songkran, dua lelaki didenda tidak lebih RM350

Boo Sheng dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar RM350 kerana melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada orang awam di ‘Pesta Songkran’ di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Ahad lalu.
Boo Sheng dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar RM350 kerana melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada orang awam di ‘Pesta Songkran’ di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Ahad lalu.
A
A
A

PETALING JAYA – Tindakan dua pekerja penyelenggaraan pendingin udara yang tular dalam insiden kekacauan ketika pesta air Songkran di sebuah pusat beli-belah mengundang padah apabila mereka didenda masing-masing RM300 dan RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.

Ng Boo Sheng, 28, dan Ch’ng Jin Wei, 27, dikenakan denda tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad serta Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Mahkamah memerintahkan Boo Sheng yang memakai baju-T berwarna krim dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar RM350 sementara Jin Wei yang berkemeja biru itu dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar RM300 berkenaan.

Jin Wei dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar RM300 kerana melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada orang awam di ‘Pesta Songkran’ di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Ahad lalu.
Jin Wei dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar RM300 kerana melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada orang awam di ‘Pesta Songkran’ di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Ahad lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada orang awam di ‘Pesta Songkran’ di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada jam 11 malam, 20 April lalu.

Dua lelaki bujang itu dituduh mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM400, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Datuk Suraj Singh yang mewakili Boo Sheng merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar minimum dengan mengambil kira bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya.

“Dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pengakuan bersalah di peringkat awal telah menjimatkan masa mahkamah.

“Kes ini telah memberi kesedaran kepadanya kerana dia ditahan reman selama dua hari,” katanya sambil menambah bahawa tertuduh mengalami kecederaan sehingga memerlukan beberapa jahitan di muka.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Jin Wei merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda yang rendah kerana kesal atas perbuatannya dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

“Dia yang telah direman selama tiga hari, berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Athirah Jamalullail dan Lim Leong Hui memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada mereka dan orang awam.

Sebelum ini, video berdurasi 56 saat tular selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook pada jam 10 pagi, Isnin.

Rakaman tersebut memaparkan insiden pergaduhan yang dipercayai berlaku semasa pesta berkenaan.

Susulan itu, lima lelaki berusia antara 20 hingga 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!