X

Kindly register in order to view this article
!

Beku segera keputusan jual aset TH, ladang TH Plantation

ASYRAF WAJDI
A
A

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Pengurusan Tabung Haji (TH) dan TH Plantation Berhad (THP) untuk segera membekukan program Rasionalisasi Aset TH termasuk penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.

2. Setakat hari ini difahamkan, pihak THP telah memasuki Perjanjian Penjualan Saham (Share Purchase Agrement) untuk melupuskan 3 anak syarikat THP iaitu THP-YT Sdn Bhd, Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisammas Shd Bhd (MW) yang melibatkan tanah perladangan seluas 9,018 hektar atau 11.8% dari jumlah keluasan yang mahu dijual dibawah program rasionalisasi aset THP.

3. Umum telah mengetahui bahawa penjualan aset-aset berharga milik TH seperti ladang-ladang kelapa sawit dan getah milik THP dan Hotel-hotel TH mendapat tentangan kuat daripada rakyat terutamanya pendeposit TH.

4. Justeru, Pemuda UMNO menggesa pihak pengurusan TH dan THP agar menghormati Kerajaan yang baharu dilantik dan tidak terburu-buru ingin meneruskan sebarang penjualan yang diluluskan oleh bekas Menteri Agama Kerajaan PH YB Datuk Dr Mujahid Yusof. Pembekuan ini mustahak bagi memastikan penilaian semula dilakukan oleh Kerajaan Baharu agar kepentingan pendeposit TH dan umat Islam umumnya mampu dipelihara dan dipertahankan.

*Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus