Ismail selesai beri keterangan kali ketujuh kepada SPRM

Kenderaan membawa Ismail Sabri keluar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 6.10 petang pada Khamis. Foto HISYAMUDDIN AYUB
Kenderaan membawa Ismail Sabri keluar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 6.10 petang pada Khamis. Foto HISYAMUDDIN AYUB
A
A
A

PUTRAJAYA - Setelah tujuh jam beri keterangan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar meninggalkan ibu pejabat suruhanjaya itu pada Khamis.

Ahli Parlimen Bera tersebut dilihat meninggalkan ibu pejabat suruhanjaya tersebut jam 6.10 petang, selepas tiba jam 11 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih dan diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hanya melambaikan tangan kepada pihak media, bekas Perdana Menteri kesembilan itu berlalu pergi tanpa memberi sebarang kenyataan.

Proses rakaman percakapan melibatkan Ahli Parlimen Bera itu akan disambung pada Jumaat pada jam 3 petang.

Pemimpin veteran UMNO itu dipanggil pada Khamis untuk proses soal siasat dan memberi keterangan lanjut buat kali ketujuh kepada pegawai penyiasat SPRM.

Sebelum ini, beliau juga telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membuat pengisytiharan harta kepada pegawai penyiasat.

Bekas Perdana Menteri itu disiasat berhubung isu rasuah serta pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti Program Keluarga Malaysia.

Dakwaan salah laku itu dibuat semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!