Ismail Sabri beri keterangan lebih 5 jam, ucap Selamat Hari Raya kepada media

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Lebih lima jam berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar meninggalkan lokasi tersebut pada Isnin.
Ahli Parlimen Bera itu dilihat meninggal ibu pejabat suruhanjaya itu jam 3.04 petang, selepas masuk ke ibu pejabat suruhanjaya itu jam 9.54 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dan diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sambil melambaikan tangan kepada pihak media, bekas Perdana Menteri kesembilan itu mengucapkan Selamat Hari Raya.
Ucapan tersebut menimbulkan tanda tanya kepada pengamal media yang menanti beliau di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat SPRM, di sini sejak awal pagi.
Menurut sumber, proses rakaman percakapan melibatkan Ismail Sabri selesai setakat hari ini (Isnin).
Namun begitu katanya, proses rakaman percakapan akan disambung semula, namun belum ada tarikh ditetapkan lagi.
Pemimpin veteran UMNO itu dipanggil untuk disoal siasat dan memberi keterangan pada hari keenam kepada pegawai penyiasat SPRM berhubung isu rasuah pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
