Budak rentung terperangkap dalam kontena terbakar

Sebuah kontena terbakar dan mengorbankan seorang kanak-kanak dipercayai terperangkap dalamnya.
Sebuah kontena terbakar dan mengorbankan seorang kanak-kanak dipercayai terperangkap dalamnya.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak lelaki maut setelah terperangkap dalam sebuah kontena yang terbakar di padang permainan Jalan Bahagia, Kampung Jawa di sini.

Mangsa, Muhammad Saifuddin Ali Subahan, 8, terbakar 100 peratus dalam kontena yang dipercayai dijadikan tempat simpanan barang-barang lama kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang berkata, selepas menerima laporan sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bergegas ke lokasi.

“Sampai di tempat kejadian, bomba mendapati sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama terbakar 80 peratus di bahagian dalam,” katanya.

Kontena dipercayai dijadikan tempat simpanan barang-barang lama.
Kontena dipercayai dijadikan tempat simpanan barang-barang lama.

“Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan pada jam 12.40 tengah hari namun seorang kanak-kanak lelaki telah terperangkap dan terbakar 100 peratus,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh dari orang awam, kontena tersebut tidak berkunci dan kerap dijadikan tempat kanak-kanak bermain.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan forensik bomba,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Muhammad Saifuddin Ali Subahan berumur 8 tahun.