Sambutan Aidilfitri Riang Ria UJ Raia meriah
24 April 2025 | VIDEO
A
A
A
UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd (UJ Hotels) terus mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya mencapai sasaran tahunannya bagi tahun 2024, sekali gus mengukuhkan jenama Hotel Raia sebagai rangkaian hotel pilihan utama rakyat Malaysia.
Pengerusinya, Datuk Othman Semail berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama erat seluruh warga kerja serta sokongan berterusan daripada pemegang saham utama, Urusharta Jamaah Sdn Bhd.
“Hotel Raia baharu sahaja menyambut ulang tahun kelima sejak melalui proses transformasi daripada Hotel Tabung Haji. Kini jenama ini semakin kukuh dan diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.
“Majlis Riang Ria UJ Raia kali ini cukup bermakna kerana bukan sahaja meraikan Aidilfitri, tetapi juga menjadi simbol penghargaan dan kesyukuran atas pencapaian yang telah diraih,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Hotel Raia di Marina Putrajaya pada Selasa.
Soundstripe:
Lunareh - Here We Go