Lupa matikan pendingin hawa sebelum bercuti sampai rumah jiran 'banjir'

Keadaan kediaman jiran yang terjejas. Foto Shin Min Daily News
Keadaan kediaman jiran yang terjejas. Foto Shin Min Daily News
A
A
A

SINGAPURA - Satu pasangan tinggal di tingkat 12 Blok 102A Punggol Field di sini didakwa terlupa mematikan pendingin hawa sebelum mereka berangkat ke luar negara untuk bercuti.

Berikutan itu, air yang 'membanjiri' unit rumah mereka kemudiannya telah meresap ke beberapa kediaman jiran dan mengakibatkan kerosakan pada lantai, siling serta dinding.

Menurut laporan Shin Min Daily News, jiran mereka, Zhang menyedari terdapat titisan air di lantai rumahnya pada 18 April lalu.

"Setelah memeriksa rakaman kamera tertutup (CCTV) di bahagian pintu rumahnya, saya mendapati pasangan itu telah meninggalkan rumah pada awal pagi 15 April dengan membawa empat beg pakaian, dipercayai bertujuan bercuti di luar negara.

Pasangan berkenaan didakwa bercuti terlupa tutup pendingin hawa. Foto Shin Min Daily News
Pasangan berkenaan didakwa bercuti terlupa tutup pendingin hawa. Foto Shin Min Daily News

"Bilik tetamu kami yang berkongsi dinding dengan unit pasangan itu dipenuhi titisan air dengan sebahagian dinding telah berkulat dan cat mula menggelembung serta mengelupas.

" Situasi terkini itu memaksa kami memindahkan perabot dari bilik tersebut ke ruang tamu untuk mengelakkan kerosakan lanjut," kata Zhang.

Lebih mengeruhkan keadaan, Zhang perlu mengelap dinding sebanyak dua kali sehari dan khuatir kelembapan itu boleh menjejaskan soket elektrik, sekali gus berisiko menyebabkan litar pintas.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jiran di tingkat atas yang dikenali sebagai Qiu, mendedahkan pembantu rumahnya menyedari lantai bilik terasa lembap dan sejuk pada 17 April lalu.

Suaminya, seorang juruteknik pendingin hawa mengesyaki masalah berpunca daripada pendingin hawa yang dibiarkan beroperasi tanpa henti di unit bawah.

Jiran-jiran yang terjejas kini merancang untuk menuntut pampasan daripada pasangan tersebut atas kerosakan yang dialami.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!