Lelaki positif dadah ditahan selepas ugut, cederakan mangsa depan stesen minyak

Tangkap layar video tular memaparkan suspek menendang sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Parkland, Kluang.
Tangkap layar video tular memaparkan suspek menendang sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Parkland, Kluang.
A
A
A

KLUANG – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencederakan dan mengugut seorang individu dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Parkland di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 28 tahun itu diberkas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dalam Ops Cantas di Taman Berlian Biru pada jam 10 pagi, Rabu.

“Insiden terbabit berlaku pada jam 6.15 petang. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

Tangkap layar video tular memaparkan insiden di hadapan sebuah stesen minyak di Parkland, Kluang.
Tangkap layar video tular memaparkan insiden di hadapan sebuah stesen minyak di Parkland, Kluang.

"Sementara ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah methamphetamine,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Bahrin, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

Sebelum itu, video kejadian tersebut tular di media sosial memaparkan pertengkaran antara dua lelaki dan insiden seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) menendang sebuah kereta lain beberapa kali sebelum beredar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!