Edika Yusof sudah banyak kali lafaz talak - Isteri

KUALA LUMPUR - ISTERI kepada aktor Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mendakwa suaminya itu sudah beberapa kali melafazkan talak.
Dedah Hidayah, 47, suaminya itu menafikan menerusi sumpah laknat pada Januari lalu, justeru dia membuat keputusan untuk meneruskan dengan memfailkan penceraian.
“Memang saya yang buat permohonan cerai, tetapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah membuat pengesahan lafaz talak yang sudah dilafazkan banyak kali.
“Edika menafikan semuanya, dia juga buat (mengangkat) sumpah laknat pada Januari lalu, jadi saya teruskan dengan permohonan cerai,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Rabu.
Pada prosiding sebutan kedua permohonan perceraian itu, lafaz talak hanya dapat dilakukan pelakon terbabit pada 5 Mei ini berikutan Nor Hidayah dalam keadaan tidak suci atau haid.
Tambah Hidayah, dia juga sudah beberapa kali mengajak Edika menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik, agar tidak diketahui orang luar.
Bagaimanapun permintaannya itu tidak diendahkan.
"Saya sudah minta untuk selesaikan hal kami secara elok agar orang tidak tahu, tetapi dia yang mahu panjangkan (ke mahkamah) dan inilah yang berlaku,” jelasnya yang tidak mempunyai masalah untuk meneruskan hubungan baik selepas bercerai.
Sementara itu, anak sulung hasil perkahwinan Nor Hidayah dan Edika iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, yang hadir menemani ibunya berpendapat, perceraian adalah jalan terbaik buat ibu dan ayahnya.
Malah dia bersedia untuk mengalas tanggungjawab menjaga syurganya itu selepas ini.
“Selagi saya masih hidup saya boleh jaga dia (ibu). Tiada apa yang boleh saya cakap tapi saya rasa jalan ini yang terbaik buat ibu dan ayah saya.
“Kedua-duanya akan kurang tekanan dan saya pun sudah biasa dari kecil buat benda ini jadi untuk saya tiada beza,” ujarnya ringkas.
Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan Nor Hidayah.
Peguam syarie mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata, pihak mahkamah juga membenarkan pihak Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!