JPJ Kelantan kutip saman kenderaan Thailand RM76,950

Mohd Misuari
Mohd Misuari
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya mengutip RM76,950 saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan Thailand selepas dikesan melakukan kesalahan lalu lintas di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, jumlah tersebut melibatkan 277 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempamerkan dan menyerahkan International Circulation Permit (ICP).

"Selain itu tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta lain-lain kesalahan teknikal," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, operasi terhadap kenderaan Thailand akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain di negeri ini.

Ujarnya, pada masa sama JPJ Kelantan mahu memastikan pemandu-pemandu warga asing terutamanya dari Thailand mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia.

Mohd Misuari memberitahu, sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula pada 24 Mac hingga 8 April lalu, sebanyak 11,678 kenderaan dari Thailand direkodkan keluar dan masuk melalui tiga pintu sempadan utama di Kelantan iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

"Walaupun operasi lebih tertumpu kepada Op HRA namun penguatkuasaan terhadap kenderaan asing terutama dari Thailand tetap diteruskan seperti biasa.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati pemandu Thailand menunjukkan tahap pematuhan yang sangat tinggi, malah sepanjang tempoh itu tiada sebarang kesalahan ICP yang dikesan di ketiga-tiga pintu masuk utama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!