Kerajaan bincang pelaksanaan mobiliti, portabiliti penjawat awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) di sini pada Selasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) di sini pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan membincangkan cadangan pelaksanaan mobiliti dan portabiliti penjawat awam demi memastikan kumpulan itu lebih berdaya saing di masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan kejayaan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 dan melalui proses libat urus yang berterusan.

Menurutnya, cadangan inisiatif dasar baharu sektor awam itu merupakan antara usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar ia kekal mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

"Saya percaya bahawa pembaharuan ini harus dilaksanakan dengan teliti dan inklusif, mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam serta kemampuan fiskal negara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!