Penunggang motosikal diserang, dipukul sekumpulan lelaki

Kumpulan lelaki cuba merosakkan kenderaan milik penunggang motorsikal dengan menggunakan kayu besi.
Kumpulan lelaki cuba merosakkan kenderaan milik penunggang motorsikal dengan menggunakan kayu besi.
A
A
A

HARYANA - Seorang penunggang motosikal di Gurugram diserang oleh sekumpulan lelaki meskipun telah merayu berulang kali untuk dimaafkan.

Menerusi video rakaman tular di media sosial, penunggang tersebut tidak berdaya mempertahankan diri daripada serangan kumpulan berkenaan yang bergilir-gilir memukul, menggoncang motosikal dan menamparnya di Lebuhraya Dwarka.

Menurut laporan NDTV, salah seorang penungang motosikal yang turut tercedera akibat insiden berkenaan, Hardik Sharma berkata, kumpulan lelaki terbabit juga mengugut supaya tidak merakam video mereka.

"Mereka memukul saya dengan besi. Saya terselamat kerana topi keledar saya.

"Mereka juga kata akan tembak, kalau nampak sesiapa yang cuba merakam mereka," katanya.

Menurut Sharma, kumpulan lelaki tersebut didakwa mabuk dan dilihat memandu secara melulu.

Tangkap layar video daripada NDTV. Lelaki cuba merampas kunci daripada penunggang motosikal
Tangkap layar video daripada NDTV. Lelaki cuba merampas kunci daripada penunggang motosikal

"Kami dalam perjalanan ke Panchgaon di Manesar dari Ambience Mall untuk sarapan pagi apabila sebuah kenderaan Scorpio hitam cuba mengganggu kami berhampiran Lebuhraya Dwarka dengan membelokkan kenderaan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kami berhenti di tepi jalan untuk membiarkan mereka lalu tetapi mereka memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka di hadapan kami. Mereka mabuk dan memegang gelas di tangan.

"Mereka keluar dari kenderaan dan mula memukul salah seorang rakan saya. Apabila kami campur tangan, mereka mula merosakkan motosikal kami," ujar Sharma.

Walaupun serangan itu berlaku pada waktu pagi, orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang di jalan berkenaan memilih untuk menjauhkan diri daripada masuk campur.

Polis Gurugram dilaporkan berkata, bahawa serangan tersebut berlaku pada Ahad apabila sekumpulan penunggang motosikal sedang menuju dari Pusat Beli-belah Ambience ke Pataudi untuk sarapan pagi.

Keganasan itu dilaporkan tercetus berikutan berlaku pertengkaran sengit susulan pemanduan melulu yang melibatkan penumpang SUV Scorpio di Lebuhraya Dwarka.

Menurut laporan, suspek telah dikenal pasti dan penangkapan akan dilakukan tidak lama lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!