PRK Ayer Kuning: Calon turun padang pantau proses undi awal

BIDOR - Calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning meluangkan masa memantau proses pengundian awal di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini pada Selasa.
Calon mewakili Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek tiba jam 8.42 pagi manakala daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS sekitar jam 9 pagi.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad turut dilihat hadir bagi memantau proses undi awal melibatkan anggota polis dan pengamal media.
Beliau sempat menyapa Bawani dan Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan sebelum meninjau premis pengundian awal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

