Usah jadi pentaasub teknologi AI

Kemunculan teknologi kecerdasan buatan generatif (AI) semakin berkembang pesat dan membawa perubahan besar kepada banyak sektor sejak 2023.
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan generatif (AI) semakin berkembang pesat dan membawa perubahan besar kepada banyak sektor sejak 2023.
A
A
A

KEMUNCULAN teknologi kecerdasan buatan generatif (AI) semakin berkembang pesat dan membawa perubahan besar kepada banyak sektor sejak 2023.

Sama seperti enjin carian Google, chatbot tersebut hanya menggunakan hujung jari dan dapat memproses data yang diperlukan secara spesifik dalam tempoh beberapa saat.

Seorang rakan Merak Jalanan sangat teruja kerana AI telah memudahkan kerjanya dan menjadi pembantu virtual untuk tugasan hariannya.

Dia dengan yakin berkata, AI sangat ‘perfect’ dan hanya perlu taip apa sahaja maklumat yang diperlukan dan ia akan memberikan respons secara lengkap daripada A sampai Z.

Akibat terlalu percayakan dan bergantung 100 peratus kepada AI, kadang-kadang ada kesilapan yang rakan Merak Jalanan terlepas pandang.

Sedikit sebanyak AI sebenarnya telah menjadikan manusia pemalas kerana segala-galanya menjadi mudah.

AI bukan hanya untuk carian artikel malah boleh menjana imej, meniru suara dan kadangkala boleh menjadi teman berbual untuk berdiskusi apa jua topik.

Merak Jalanan sendiri ada menggunakan chatbot tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sukar diperoleh di enjin carian, namun tidaklah percaya bulat-bulat.

Artikel Berkaitan:

Ada masa AI pun tersilap dan tidaklah ‘perfect’ sepanjang masa walaupun fungsinya untuk meminimumkan kesalahan.

Kita sebagai manusia perlulah semak semula fakta.

Sedangkan manusia pun boleh buat kesilapan, inikan pula AI yang mungkin salah tafsir, sekali gus memberi jawapan yang kurang tepat kerana data chatbot juga adalah terhad dan ia menyerap segala maklumat tanpa mengira betul atau salah.

Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah asah otak dan janganlah terlalu agungkan AI.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!