Khalid Samad tuntut Rafidah mohon maaf, tarik balik tuduhan dan bayar ganti rugi

Khalid (kiri), Rafidah
Khalid (kiri), Rafidah
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon yang juga pempengaruh terkenal, Rafidah Ibrahim dituntut membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan saman berhubung isu kontroversi tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tuntutan itu dibuat pihaknya susulan Rafidah sebelum ini mendakwa beliau berniat memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) serta mahu menghapuskan tanah rizab Melayu bukan sahaja di Kampung Sungai Baru malah di seluruh Kampung Baru.

Menurutnya, tindakan berkenaan terpaksa diambil kerana dakwaan dibuat Rafidah itu merupakan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, ini kerana isu tanah di Kampung Baru berbeza dengan tanah rizab Melayu yang lain dan Rafidah tidak faham apa yang diperkatakannya.

"Walaupun orang kata dia buat TikTok menarik tapi fakta semua ke laut. Orang yang sebenarnya di sebalik masalah berhubung dengan Kampung Baru iaitu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dia puji pula.

"Pada masa sama dia juga memperlekehkan Annuar, di mana dia mendakwa ada tangan-tangan ghaib yang buat semua ini. Seolah-olah Annuar dan seorang lagi bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim buta dan bodohlah,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Rafidah membuat dakwaan berkenaan dalam video dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya menaiki kenderaan mengelilingi kawasan Kampung Sungai Baru dan menggunakan pembesar suara untuk menyuarakan bantahan dan menggesa penduduk untuk kekal menetap di situ.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutan berkata, pihaknya telah menghantar surat tuntutan kepada Rafidah pada 17 April lalu bagi menuntutnya memohon maaf, menarik balik tuduhan dan membayar ganti rugi.

Artikel Berkaitan:

“Kalau dia masih tak dapat surat tuntutan itu, manalah tahu dia lari atau pindah dan kalau tak dapat jumpa di rumahnya kita akan serahkan di tengah jalan atau di mana-mana lokasi dia sedang buat siaran langsung Tiktok,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!