Wanita maut dihempap kayu balak

Bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kayu balak di Jalan Bukit Teh menghala Jawi, Seberang Perai Selatan petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, kayu balak yang dibawa treler berkenaan turut menghempap kereta dipandu mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, mangsa, Ong Yean Leng, 36, maut di tempat kejadian selepas tersepit dalam keretanya yang dihempap kayu balak berkenaan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati, kereta dipandu mangsa dari arah Jawi ke Jalan Bukit Teh masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler tersebut.

"Akibat daripada rempuhan itu, treler tersebut hilang kawalan dan masuk ke bahu jalan sebelah kanan lalu terbalik.

Kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan balak dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Teh menghala Jawi, Seberang Perai Selatan petang tadi.
Kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan balak dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Teh menghala Jawi, Seberang Perai Selatan petang tadi.

"Susulan daripada itu, muatan kayu balak menghempap kereta mangsa menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, usaha mengeluarkan mayat oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa tiga jam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam.

"Siasatan mendapati, pemandu treler berusia 56 tahun itu mempunyai lesen memandu dan tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.