Cucu merungut jarang di rumah, PM bawa datang pejabat tengok cara kerja

Anwar meluangkan masa bersama cucu di pejabatnya.
Anwar meluangkan masa bersama cucu di pejabatnya.
A
A
A

SHAH ALAM - "Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah... depa tak tahu tugas untuk negara tidak mudah."

Demikian luahan ringkas tetapi penuh makna oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Menerusi hantaran itu, Anwar turut memuat naik beberapa gambar beliau bersama cucu-cucunya yang dibawa melawat pejabatnya.

Beliau berkata, kunjungan itu adalah sebagai usaha memberi kefahaman kepada mereka tentang kesibukan tugas beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

Anwar membawa cucu melawat pejabatnya di Putrajaya.
Anwar membawa cucu melawat pejabatnya di Putrajaya.

“Lantaran itu, saya bawa depa mai pejabat tengok saya bekerja,” katanya ringkas dalam nada bersahaja.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai warganet yang tersentuh dengan sisi peribadi seorang pemimpin yang juga datuk kepada cucu-cucunya.

Rata-rata memuji sikap Anwar yang tetap meluangkan masa bersama keluarga meskipun dibebani pelbagai tanggungjawab berat sebagai Perdana Menteri.

Tindakan beliau turut dilihat sebagai satu simbolik bahawa seorang pemimpin juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada cabaran dan rintihan dalam kehidupan peribadi.

Artikel Berkaitan:

Anwar bersama cucu-cucunya.
Anwar bersama cucu-cucunya.

Pada November 2024 lalu, isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah memuat naik satu video berdurasi 17 saat yang memaparkan Perdana Menteri bermain bersama cucu-cucunya di kediaman mereka.

Dalam video tersebut, Anwar dilihat meluangkan masa bersama cucu di atas pelantun boleh kembung, walaupun pada hari sama beliau menghadiri tiga program rasmi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!