Hilang pencen RM371,437 kerana curi RM31

Pemandu bas tersebut bertindak memfailkan saman, namun kalah kes tersebut. - Foto Agensi
Pemandu bas tersebut bertindak memfailkan saman, namun kalah kes tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO – Seorang pemandu bas yang sudah berkhidmat selama 29 tahun hilang wang pencen berjumlah 12 juta yen (RM371,437) setelah dipecat, gara-gara mencuri 1,000 yen (RM31) daripada bayaran tambang penumpang.

Perbuatan lelaki itu turut dirakamkan kamera keselamatan bas, namun dinafikan individu tersebut yang kemudiannya bertindak memfailkan sama ke atas bandar Kyoto, namun kalah kes berkenaan.

Bandar Kyoto turut menyambut baik keputusan dibuat Mahkamah Agung pada minggu lalu memandangkan ia satu bentuk penyelewengan dan boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan pengangkutan awam.

Sebelum ini, pemandu bas tersebut sememangnya 'bermasalah' kerana pernah ditegur beberapa kali atas beberapa kesalahan sepanjang khidmatnya termasuk menghisap rokok elektrik (e-rokok) ketika sedang bekerja. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!