UUM tunggu laporan penuh insiden kemalangan bas kampus
KUBANG PASU - Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang menunggu laporan lengkap berhubung kemalangan yang membabitkan sebuah bas kitaran kampus pada Sabtu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, pihak universiti telah mengarahkan Jabatan Keselamatan UUM untuk menghubungi pihak polis bagi menyiasat insiden berkenaan.
“Pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan tersebut.
“UUM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan penuh yang akan diterima,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Setakat ini, jumlah sebenar pelajar atau individu yang terlibat serta tahap kecederaan masih belum diperoleh sepenuhnya.
Sinar Harian masih menunggu laporan lanjut daripada polis berkaitan kejadian berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
