Andalusia tawar diskaun hebat di MATTA Fair 2025
KUALA LUMPUR - Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) sekali lagi memeriahkan pameran MATTA Fair yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur 18 hingga 20 April ini.
Sebagai peserta tetap, Andalusia hadir dengan pelbagai tawaran istimewa yang direka khas bagi memenuhi impian orang ramai untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah serta destinasi pelancongan menarik lain.
Reruai Andalusia yang terletak di aras satu dan aras tiga menjadi tumpuan pengunjung yang membanjiri kawasan pameran untuk menikmati diskaun eksklusif pakej Umrah dengan potongan harga yang signifikan.
Bagi mereka yang merancang percutian pula, agensi pelancongan itu turut menawarkan diskaun sehingga RM200 seorang bagi pakej pelancongan terpilih.
Lebih menarik, setiap pendaftaran pakej di reruai mereka melayakkan pengunjung menerima hadiah misteri, selain turut dihidangkan dengan manisan dan minuman khas dari Arab Saudi yang membawakan suasana Timur Tengah ke pameran berkenaan.
Ketua Pegawai Perniagaan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, pihaknya komited dalam merealisasikan impian setiap keluarga untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci Makkah serta menjelajah destinasi idaman mereka.
“Penyertaan kami di MATTA Fair kali ini menjadi platform terbaik untuk kami menawarkan pakej-pakej yang bukan sahaja berpatutan, malah menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui di reruai Andalusia pada Sabtu.
Tambahnya, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah Hadiah Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) 2025, yang menawarkan pakej percutian ke Eropah bernilai RM12,998, sebuah motosikal Honda Dash125 dan beberapa pakej percutian dalam negara.
Sementara itu, Andalusia turut menerima maklum balas positif daripada pengunjung yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.
Salah seorang pengunjung, Hasmah Hashim, 63, dari Batang Kali, Selangor, meluahkan hasrat untuk menunaikan umrah bersama Andalusia.
“Saya memang bercadang nak pergi umrah dan pilihan saya Andalusia sebab lebih teratur dan banyak pengalaman yang baik,” katanya yang yakin dengan reputasi syarikat tersebut.
Pengunjung lain, Azween Radzuan, 35, pula menyifatkan harga yang ditawarkan sebagai berpatutan, seiring dengan kualiti perkhidmatan.
“Andalusia memang cuba penuhi apa yang pelanggan perlukan. Dari segi keperluan dan perubahan, mereka sangat membantu,” jelasnya sambil berkongsi pengalamannya ke Jordan, Al Aqsa dan Jeddah bersama Andalusia.
Saudaranya, Azeera Radzuan, 39, turut memuji mutu perkhidmatan yang diberikan, manakala Rosli Mansor, 54, pelanggan setia Andalusia, menyatakan beliau sudah beberapa kali menggunakan perkhidmatan agensi itu.
“Kali ini saya bercadang membawa keluarga pula. Saya yakin mereka juga akan berpuas hati dan beri maklum balas positif,” katanya.
Bagi yang tidak berkesempatan hadir, maklumat lanjut boleh diperoleh di 55 cawangan berdaftar Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd atau melalui platform dalam talian rasmi mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

