Berus tandas Trump laris

Berus tandas berkenaan sebelum ini pernah dijual tetapi kembali melonjak jualan selepas berlakunya perang tarif. Agensi
Berus tandas berkenaan sebelum ini pernah dijual tetapi kembali melonjak jualan selepas berlakunya perang tarif. Agensi
A
A
A

BEIJING - Berus tandas yang direka sebagai parodi terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencatat lonjakan jualan mendadak di China susulan ketegangan perang tarif antara kedua-dua negara.

Berus tandas Trump berwarna kuning bukanlah perkara baharu.

Menurut laporan Oddity Central, ia bermula sejak penggal pertama Trump dilantik sebagai Presiden AS, apabila kilang-kilang China menghasilkan pelbagai jenis produk bertemakan Trump kerana popularitinya, baik di China mahupun di AS.

Kini, ramai rakyat China membeli berus tandas yang lucu itu sebagai cara untuk menyindir Trump selepas beliau menetapkan tarif komersial besar-besaran ke atas barangan China.

Media China turut melaporkan peningkatan ketara dalam jualan berus tandas Trump tersebut sebagai suatu trend yang dipanggil ‘serangan balas Yiwu’.

Bandar Yiwu pula adalah satu kawasan menempatkan banyak kilang kecil yang mengeluarkan produk plastik kos rendah seperti berus tandas bertemakan Trump yang popular tersebut.

Jadi serangan balas Yiwu dilihat sebagai sokongan terhadap negara China apabila terkena secara langsung oleh tarif Trump.

Berus tandas yang tular dalam talian minggu ini, dijual pada harga antara 13.9 yuan (RM8.41) sehingga 18.9 yuan (RM11.40).​ - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!