Chong Wei tekad majukan sukan, inspirasi belia Johor

Chong Wei berkongsi gambar majlis penyerahan watikah di laman sosialnya.
Chong Wei berkongsi gambar majlis penyerahan watikah di laman sosialnya.
A
A
A

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menyatakan komitmen tinggi untuk memajukan sukan di Johor serta membakar semangat golongan belia di selatan tanah air itu agar terus mengejar impian masing-masing.

Chong Wei dalam satu kenyataan, menzahirkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, atas pelantikan beliau sebagai Duta Sukan Johor.

“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas kepercayaan ini.

"Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memajukan sukan serta memberi inspirasi kepada belia Johor agar terus mengejar impian mereka,” katanya di laman sosialnya sambil berkongsi gambar majlis penyerahan watikah pelantikan pada Jumaat.

Chong Wei turut merakamkan penghargaan kepada TMJ dan seluruh rakyat Johor atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!