Pelajar kolej maut, enam motosikal berlanggar sesama sendiri

Seorang pelajar kolej maut manakala lima cedera selepas motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Port Dickson di sini pada Jumaat.
Seorang pelajar kolej maut manakala lima cedera selepas motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Port Dickson di sini pada Jumaat.
A
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] - Seorang pelajar kolej maut manakala lima cedera selepas motosikal ditunggang berlanggar sesama sendiri di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Port Dickson di sini pada Jumaat.

Kejadian jam 3.15 pagi itu melibatkan enam penunggang lelaki berusia 17 hingga 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, ketika kejadian mereka yang lima daripadanya merupakan pelajar sebuah kolej di Port Dickson dalam perjalanan dari Seremban ke Port Dickson.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca apabila sebuah motosikal telah melanggar belakang motosikal di hadapan yang menyebabkan kesemua penunggang terlibat hilang kawalan dan bertembung antara satu sama lain.

"Akibatnya, seorang penunggang lelaki berusia 18 tahun meninggal maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Keadaan motosikal mangsa yang berlanggar sesama sendiri di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Port Dickson.
Keadaan motosikal mangsa yang berlanggar sesama sendiri di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Port Dickson.

Menurutnya, lima lagi penunggang mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta memastikan mereka menunggang motosikal secara sah dan berhemah.

"Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor, Mohd Zuhelmi Azman di talian 016-9984806 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!