[DIKEMAS KINI] Manifesto Pas boleh dilaksana jika...

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini hanya boleh diguna pakai sekiranya parti itu berjaya menjadi kerajaan Pusat secara bersendirian.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana Pas kini berada dalam Perikatan Nasional dan kerajaan yang ada kini bukan milik parti itu semata-mata.

"Ini bukan kerajaan Pas. Itu yang kena ingat, manifesto itu (mengatakan) kalau kita kerajaan, tapi sekarang ini kita kerajaan Perikatan Nasional.

"Kita hanya sebahagian yang kecil. Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) dulu. Kalau kita kerajaan, kita menguasai kerusi dan sebagainya, ia mungkin berbeza," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai manifesto parti itu sebagaimana yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, Pas berharap kerajaan yang ada boleh menumpukan perhatian kepada beberapa perkara asas yang berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya masalah ekonomi dan sebagainya.

Selain itu, beliau turut memberitahu, Pas juga berharap agar beberapa negeri lain iaitu Perak, Kedah dan Negeri Sembilan juga dapat 'bertukar' nanti.

"Tiada keadaan yang jelas lagi bak kata orang, 'nasi sedang mendidih' sama ada masak atau tidak, belum tentu lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: