Penoreh getah menjala ikan dikhuatiri lemas di Jeram Besu

Mat Salleh disedari tiada di rumah oleh anak bongsunya pada Selasa. Foto ihsan PDRM
Mat Salleh disedari tiada di rumah oleh anak bongsunya pada Selasa. Foto ihsan PDRM
A
A
A

RAUB - Seorang penoreh getah dikhuatiri lemas di pusat rekreasi Jeram Besu di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa iaitu Mat Salleh Junoh, 63, dilaporkan hilang dari rumah selepas anak bongsunya berusia 18 tahun yang terbangun dari tidur menyedari ketiadaan warga emas tersebut di Perumahan Tat Sega kira-kira jam 7.20 pagi.

Menurutnya, warga emas itu disyaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza kerana kenderaan tersebut tiada di rumah.

"Semasa keluar dari rumah, ayah pengadu juga tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri.

Pencarian di susur sungai dibuat bermula lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi. Foto PDRM
Foto ihsan PDRM
Pencarian di susur sungai dibuat bermula lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi. Foto PDRM Foto ihsan PDRM

"Setelah seharian ayah pengadu tidak pulang ke rumah, pengadu telah keluar mencari dan menjumpai MPV milik ayahnya berada di tempat letak kenderaan di pusat rekreasi terbabit dan melihat ayahnya tiada di dalam kenderaan berkenaan.

"Pengadu mencari ayahnya di sekeliling kawasan pusat rekreasi itu tetapi tidak menjumpai jejak ayahnya dan kemudian datang membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam pada Rabu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Usaha pencarian warga emas di pusat rekreasi terbabit. Foto ihsan PDRM
Usaha pencarian warga emas di pusat rekreasi terbabit. Foto ihsan PDRM

Ujarnya, hasil siasatan, polis merakam keterangan saksi yang melihat warga emas itu sedang menjala ikan di pusat rekreasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan pada Khamis membabitkan dua pegawai dan 49 anggota terdiri polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pertubuhan bukan kerajaan(NGO) serta penduduk kampung.

"Kita telah membuat pencarian di susur sungai bermula lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi sejauh 3.5 kilometer (km) dan masih gagal dijumpai setakat jam 3 petang ini," jelasnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!