Saiful Apek masih menanti kepulangan Yassin

Saiful Apek
Saiful Apek
A
A
A

HASRAT pelawak dan pelakon, Saiful Apek untuk bertemu dan meraikan Lebaran bersama rakan baiknya, Yassin masih belum menjadi kenyataan.

Ini berikutan Yassin Yahya, 46, yang kini ditahan di Arab Saudi masih belum dibenarkan pulang ke tanah air.

"Saya sudah buat kenyataan yang Yassin akan balik sebelum raya tetapi ini melibatkan antara kerajaan.

"Ada beberapa prosedur yang perlu dibuat seperti visa, tiket dan dia juga perlu ke satu lagi pemindahan depoh.

"Saya tidak tahu bagaimana prosedurnya, tetapi Insya-ALLAH apa yang boleh saya katakan dalam masa terdekat.

"Saya rasa kecewa sebab sudah uar-uarkan dia akan pulang sebelum raya. Ingat sempatlah dia boleh join kerjasama dengan Jakel kerana kontrak kami akan tamat akhir April ini," katanya.

Saiful Apek atau nama penuhnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata demikian ketika ditemui pada malam gala 6 Jilake.

Tambah Saiful Apek yang sebelum ini pernah bergandingan dengan Yassin sebagai duo dalam Gegar Vaganza musim kelapan, sebagai rakan baik, dia berhasrat untuk menyambut kepulangan Yassin kelak.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, dia berharap kepulangan Yassin kelak akan menjawab segala persoalan dan spekulasi yang timbul.

"Bila dia balik, memang saya akan sambut dan beri sokongan. Beri dia rehat dahulu, pasti banyak benda yang dia nak kongsikan.

"Saya tidak mahu andaian dan tohmahan bukan-bukan terus berlarutan, saya mahu semua ini berakhir.

"Jadi lebih afdal untuk tuan badan sendiri yang bercerita," jelasnya.

Terdahulu, berita penahanan seorang pelawak di lapangan terbang di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu, atas kesalahan dadah hangat diperkatakan.

Walaupun pihak berkuasa di sana tidak mengeluarkan sebarang pengesahan, namun nama Yassin menjadi sebutan ekoran kelibatnya tidak kelihatan bersama kumpulan Senario dalam beberapa acara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!