Hasrat bertemu isteri tidak kesampaian

Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah isterinya di Segamat, Johor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah isterinya di Segamat, Johor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki untuk pulang ke pangkuan isterinya di Segamat, Johor tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) laluan Ajil-Bukit Besi, di sini, pagi Jumaat.

Mangsa, Che Rosli Che Mat, 57, yang memandu seorang diri dari Kelantan dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, nahas berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa memulakan perjalanan dari rumahnya di Kelantan kira-kira jam 8.30 pagi menuju ke Segamat, Johor untuk bertemu isterinya.

Keadaan kereta dinaiki mangsa yang remuk selepas dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) laluan Ajil-Bukit Besi, di Hulu Terengganu pada Jumaat.
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang remuk selepas dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) laluan Ajil-Bukit Besi, di Hulu Terengganu pada Jumaat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam longkang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!