Ubah suai tangki pacuan empat roda seludup diesel, petrol

KPDN Kelantan bongkar taktik seorang penyeludup mengubah suai tangki minyak pacuan empat roda bagi mengisi diesel dan petrol untuk diseleweng ke negara jiran. Foto KPDN
KPDN Kelantan bongkar taktik seorang penyeludup mengubah suai tangki minyak pacuan empat roda bagi mengisi diesel dan petrol untuk diseleweng ke negara jiran. Foto KPDN
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membongkar taktik seorang penyeludup mengubah suai tangki minyak pacuan empat roda bagi mengisi diesel dan petrol untuk diseleweng ke negara jiran pada Rabu.

Perbuatan licik lelaki terbabit dikesan pada jam 4.35 petang semasa Operasi Bersepadu di Stesen Minyak sekitar Wakaf Bharu di sini oleh KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, lelaki terbabit ditahan bersama pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang telah diubah suai pada bahagian tangki.

"Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 75 liter petrol bernilai RM153.75 dan 15 liter diesel bernilai RM44.70.

"Turut dirampas ialah empat helai resit pembelian minyak dari stesen sama serta kenderaan yang dianggarkan bernilai RM15,000," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, jumlah nilai rampasan keseluruhan bagi kes tersebut dianggarkan sebanyak RM15,198.45.

Ujarnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam serbuan berasingan Azman memberitahu, pihaknya mengesan sebuah stesen minyak dipercayai melanggar arahan Pengawal Bekalan.

"Kami telah merampas beberapa dokumen jual beli minyak, salinan lesen, buku stok serta rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!