Saya masih bersama DAP: Paul Yong

Paul Yong ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
Paul Yong ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Bendahari DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong menafikan dakwaan beliau akan meninggalkan parti itu untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak itu menegaskan beliau masih setia bersama DAP.

Katanya, beliau lebih memfokuskan tugaskan sebagai wakil kerajaan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh.

"Khabar angin itu sudah lama sebar. Saya masih lagi DAP. Kita kena menumpukan perhatian apa yang akan terjadi kepada kerajaan Perak ini.

"Bukannya saya akan keluar (parti) ke atau akan masuk mana-mana (parti) ke, itu tidak penting. Yang penting adalah kerajaan negeri," katanya ketika ditemui media selepas tamat prosiding di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini hari ini.

Paul Yong berkata, kedudukannya masih kekal sebagai Exco kerajaan negeri bersama rakan sejawat lain selagi tiada keputusan dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

"Selagi MB belum buat keputusan, kita tidak boleh buat apa-apa lagi.

"Kita masih lagi exco kerajaan dan Datuk Ngeh (Ngeh Koo Ham) masih speaker Perak. Itu sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Memetik laporan portal Malaysiakini mendakwa tiga lagi ADUN Perak bakal menyertai gabungan Perikatan Nasional.

Ia berikutan kenyataan Ahmad Faizal bahawa kerajaan negeri akan mengikuti langkah kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan nama ADUN-ADUN tersebut.