Bendera Pahang dikibar separuh tiang esok, hormati pemergian Tun Abdullah

KUANTAN – Bendera Negeri Pahang Darul Makmur akan dikibarkan separuh tiang pada Rabu sebagai tanda penghormatan atas pemergian bekas Perdana Menteri,
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang kembali ke rahmatullah.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Nazri Abu Bakar berkata arahan tersebut menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
"Adalah dimaklumkan bahawa bendera Negeri Pahang Darul Makmur hendaklah dikibarkan separuh tiang pada Rabu bagi menzahirkan penghormatan
atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Abdullah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Allahyarham Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!