Colgate Optic White Purple Serum serlahkan kecantikan oral

Inovasi Colgate Optic White Purple Serum membantu rakyat Malaysia lebih yakin.
Inovasi Colgate Optic White Purple Serum membantu rakyat Malaysia lebih yakin.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] COLGATE Optic White Purple Serum merevolusikan pemutihan gigi dan mencerahkan senyuman dengan membetulkan tona kuning serta-merta menerusi formula berwarna ungu pekat.

Inovasi produk tersebut bertujuan memudahkan rakyat Malaysia tampil lebih yakin dengan senyuman lebih menawan.

Pengarah Kanan Pemasaran Hab ASEAN Selatan Colgate-Palmolive, Anand Taparia berkata, produk colgate optic white purple serum itu pelengkap kepada colgate optic white purple ubat gigi pemutih serba ungu yang mengandungi High Cleaning Silica serta Core Shell Silica bagi membantu menyingkirkan kesan kotoran pada permukaan gigi.

Menurutnya, dengan menonjolkan kecantikan oral juga menjadi kunci kepada penampilan lebih menawan.

Formula Colgate Optic White Purple Serum membantu memutihkan gigi dan mengembalikan senyuman menawan.
Formula Colgate Optic White Purple Serum membantu memutihkan gigi dan mengembalikan senyuman menawan.

Tambahnya, serum ungu itu bakal menjadi produk kecantikan wajib untuk menyerlahkan senyuman bersinar pada bila-bila masa.

“Kami di Colgate percaya senyuman yang cerah bersinar, sihat dan tulen berkuasa membangkitkan keyakinan diri.

“Pelancaran Colgate Optic White Purple Serum adalah usaha kami dalam merevolusikan kecantikan oral dengan menawarkan cara mudah untuk meningkatkan pemutihan gigi sebagai pelengkap rutin kecantikan moden.

“Setelah menerajui inovasi penjagaan oral selama beberapa dekad, kini Colgate melangkah lebih jauh dengan mengilhamkan semula penjagaan oral sebagai rutin kecantikan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut Anand, formula Colgate Optic White Purple Serum yang selamat untuk enamel menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian.

Tambahnya, serum tersebut bukan pengganti ubat gigi, sebaliknya pelengkap untuk meningkatkan rutin kecantikan oral harian.

“Cara penggunaannya sangat mudah hanya perlu sapukan satu pam serum sebelum berus gigi, kemudian berus gigi selama dua minit dan serlahkan senyuman cerah bersinar dengan penuh keyakinan.

“Untuk mendapatkan kesan meningkatkan pemutihan terbaik, gunakannya bersama ubat gigi Colgate Optic White Purple,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!