Covid 19: Ragbi Asia tangguh semua pertandingan

Ragbi Asia menangguhkan beberapa pertandingan di Asia berikutan penularan Covid 19. Foto: Kesatuan Ragbi Malaysia
Ragbi Asia menangguhkan beberapa pertandingan di Asia berikutan penularan Covid 19. Foto: Kesatuan Ragbi Malaysia
A
A
A

RAGBI Asia menangguhkan semua pertandingan yang bermula Ahad lalu hingga penghujung Jun depan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid 19).

Menurut Presiden Ragbi Asia, Qais Al Dhalai, arahan itu berkuat kuasa serta merta sehingga notis pemberitahuan selanjutnya dikeluarkan badan induk ragbi Asia berkenaan.

"Kesihatan dan keselamatan pemain, peminat dan semua pihak yang terlibat dalam pertandingan ragbi menjadi keutamaan tertinggi Ragbi Asia.

"Ia juga adalah bagi melindungi anggota masyarakat ragbi khasnya orang awam di Asia secara keseluruhannya.

"Keputusan itu juga diambil berdasarkan laporan dan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berwajib yang memantau penularan wabak ini," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Ragbi Asia menangguhkan beberapa pertandingan di Asia berikutan penularan Covid 19. Foto: Kesatuan Ragbi Malaysia
Ragbi Asia menangguhkan beberapa pertandingan di Asia berikutan penularan Covid 19. Foto: Kesatuan Ragbi Malaysia

Pada masa sama menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pemain dan Perubatan Asia Ragbi, Dr Mutsuo Yamada berkata, beberapa kes Covid 19 dilaporkan berlaku dalam kalangan negara Asia.

"Kami telah mendapat laporan daripada semua lima pegawai zon Ragbi Asia dan bersetuju semua pihak perlu untuk mengambil peranan utama dan proaktif, meminimumkan risiko serta menangguhkan semua acara kendalian Ragbi Asia sehingga 30 Jun depan," kata Dr Yamada

Artikel Berkaitan: