Juara Terbuka Perancis dalam genggaman, akhiri penantian 22 tahun

PENANTIAN Malaysia selama 22 tahun untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis akhirnya bakal berakhir apabila dua pasangan negara mara ke final di Paris.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun memastikan gelaran itu menjadi milik Malaysia selepas masing-masing menempah slot ke final yang berlangsung pada Ahad.
Man Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 dalam aksi separuh akhir di Grand Arena Paris pada Sabtu.

Sze Fei-Izzuddin melengkapkan dominasi negara apabila menundukkan satu lagi pasangan Indonesia, Leo Rolly-Daniel Marthin 22-20, 21-9 untuk turut melangkah ke perlawanan akhir.
Kejayaan kedua-dua pasangan itu memastikan Malaysia bakal menamatkan kemarau gelaran beregu lelaki di kejohanan itu sejak 2004.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
