Sambutan Aidilfitri Kementerian Digital dibatalkan

Notis pembatalan Sambutan Aidilfitri Kementerian Digital 2025.
Notis pembatalan Sambutan Aidilfitri Kementerian Digital 2025.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sambutan Aidilfitri Kementerian Digital yang dijadualkan berlangsung tengah hari ini dibatalkan bagi menghormati pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu dimaklumkan kepada pihak pemberita menerusi notis yang dikongsikan oleh Unit Komunikasi Korporat kementerian.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Tertinggi Kementerian Digital bersetuju supaya Majlis Sambutan Raya Aidilfitri Kementerian Digital pada hari ini dibatalkan sebagai menghormati pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, ke rahmatullah.

"Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

Tun Abdullah, 86, disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau meninggalkan seorang balu, Tun Jeanne Abdullah, dan dua anak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!