Bekas tentera bunuh isteri akhirnya dicekup selepas 20 tahun

Siasatan lanjut mendedahkan Tiwari telah berkahwin semula dan kini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan keduanya. Agensi
Siasatan lanjut mendedahkan Tiwari telah berkahwin semula dan kini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan keduanya. Agensi
A
A
A

NEW DELHI – Seorang bekas anggota tentera yang melarikan diri selepas membunuh isterinya lebih dua dekad lalu akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis di kampung halamannya di Madhya Pradesh, India.

Suspek, Anil Kumar Tiwari, 58, dari daerah Sidhi, didakwa membunuh isterinya pada Mei 1989 dengan cara mencekik mangsa sebelum membakar mayatnya bagi menyembunyikan jenayah tersebut.

Menurut kenyataan Polis Delhi, Tiwari cuba menggambarkan kejadian itu sebagai kes bunuh diri, namun disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun yang sama.

Pada tahun 2005, Mahkamah Tinggi Delhi membenarkan Tiwari keluar dengan parol selama dua minggu. Bagaimanapun, beliau mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan hidup dalam buruan sejak itu.

Polis akhirnya dapat menangkap suspek. Agensi
Polis akhirnya dapat menangkap suspek. Agensi

Selepas 20 tahun menghilangkan diri, pasukan Cawangan Jenayah Polis Delhi berjaya menjejakinya di kampung asalnya dan menahannya pada 12 April lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis (Cawangan Jenayah), Aditya Gautam, suspek telah mengelak daripada dikesan dengan tidak menggunakan telefon bimbit, hanya menggunakan wang tunai dalam urusan harian serta kerap berpindah tempat tinggal dan pekerjaan.

"Hasil maklumat awal mengesahkan kehadirannya di Prayagraj, Uttar Pradesh dan kemudian di kawasan berhampiran Sidhi, Madhya Pradesh. Pemeriksaan di lapangan dilakukan dan akhirnya dia berjaya diberkas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Siasatan lanjut mendedahkan Tiwari telah berkahwin semula dan kini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan keduanya. Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai pemandu dalam Kor Ordnans Tentera India.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!