Gelandangan maut dilanggar kereta

Keadaan di lokas kemalangan di Persiaran Jubli Perak berhampiran hentian bas Seksyen 19, Shah Alam pada Isnin.
Keadaan di lokas kemalangan di Persiaran Jubli Perak berhampiran hentian bas Seksyen 19, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang wanita gelandangan maut selepas dilanggar sebuah kereta di Persiaran Jubli Perak berhampiran hentian bas Seksyen 19 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun itu dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun yang sedang dalam perjalanan menuju ke Masjid Sri Muda untuk menunaikan solat Subuh.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan oleh pegawai penyiasat untuk mendapatkan butiran sebenar kejadian daripada pemandu tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Mohd Iqbal meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!