Setiausaha Politik Anwar tewas di Cabang Jempol

Manivanan, Azizah
Manivanan, Azizah
A
A
A

JEMPOL - Hasrat Setiausaha Politik Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Manivanan Gowin untuk memberikan suntikan kepimpinan baharu di Cabang Jempol tidak kesampaian selepas tewas dalam Pemilihan PKR pada Ahad.

Pertandingan empat penjuru bagi jawatan Ketua Cabang itu menyaksikan Azizah Salim Shah menang selepas peroleh undian tertinggi sebanyak 450 undi.

Ia sekali gus menewaskan Manivanan Gowin yang peroleh 248 undi diikuti Muhammad Asri Abdullah, 83 undi serta K Mariappan, 52 undi.

Seramai 1,028 ahli layak mengundi dengan sebanyak 836 kertas undi dikeluarkan.

Manivanan Gowin sebelum ini memaklumkan menawarkan diri bertanding untuk membantu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan mempertahankan pentadbiran di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau ke sana sebagai anggota biasa yang bersedia menawarkan idea dan beberapa inisiatif baru yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, Azizah merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli Cabang Jempol kerana memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya untuk memimpin cabang itu.

"Terima kasih kepada Tuan Rebin (Mantan Ketua Cabang) kerana banyak memberi tunjuk ajar dan memberi peluang kepada saya satu-satunya calon wanita walaupun jawatan ini didominasi oleh lelaki sebelum ini.

"Saya percaya bahawa kepimpinan yang baharu ini akan membawa perubahan yang lebih baik kepada Cabang Jempol," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!