Hafiz Suip timang anak kedua

Gambar dikongsikan Hafiz Suip di laman Instagram miliknya.
Gambar dikongsikan Hafiz Suip di laman Instagram miliknya.
A
A
A

PENYANYI Hafiz Suip, menimang anak lelaki kedua semalam selepas isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah selamat bersalin secara normal.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kelahiran anaknya itu.

“Alhamdullilah... selamat datang ke dunia anak lelakiku,” tulisnya bersama gambar tangan anaknya.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 3.

Artikel Berkaitan: