UMNO sudah lama laksana kempen skala kecil

Othman.
Othman.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO sudah lama menggunakan pendekatan kempen skala kecil termasuk menyantuni pengundi dari rumah ke rumah sejak beberapa siri pilihan raya terdahulu bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Nenggiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Othman Desa berkata, kaedah kempen itu bukan sesuatu yang baharu, tetapi diamalkan secara agresif oleh barisan Jalinan Rakyat (JR) parti kerana melihat pendekatan itu lebih berkesan pada PRK Ayer Kuning.

“Kita lebih suka menggunakan taktik yang disebut kempen secara kasih sayang, berbanding kempen terbuka dengan membawa isu-isu yang tiada kaitan pun dan seolah-olah syok sendiri.

“Pendekatan kempen skala kecil itu membolehkan gerak kerja lebih berfokus kepada mendekati rakyat serta mengenal pasti masalah yang dihadapi pengundi secara langsung,” katanya.

Pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, BN akan mengambil pendekatan untuk tidak mengadakan ceramah besar pada PRK DUN Ayer Kuning.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!