Polis buka kertas siasatan

Laporan Sinar Harian berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah di ibu negara, semalam.
Laporan Sinar Harian berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah di ibu negara, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak menghalang kebebasan bersuara atau hak rakyat untuk berkumpul tetapi perlu mengikut undang-undang.

“Kita perlu menghormati prinsip demokrasi termasuk hak bersuara tetapi ada individu yang menggunakan bahasa kasar serta mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat. Kita tidak boleh bertoleransi berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan penganjur terbabit melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis pemakluman kepada polis.

"Polis sudah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya.

Perhimpunan selama dua jam bermula 6 petang itu dihadiri kira-kira 40 individu yang membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Turut kelihatan, bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan haram depan Sogo bikin kecoh

Artikel Berkaitan: