Ratu Naga ditahan polis

Peguamnya, Zaid Malek berkata, anak guamnya itu ditahan polis kira-kira jam 12 tengah hari di Petaling Jaya pada Khamis.
"Beliau ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan Syarul Ema berkaitan video berkenaan.
"Oleh itu, penahanan ini adalah tidak sah dan bersifat melampau," katanya.
Sebelum ini, Syarul Ema dilaporkan mengeluarkan komen menerusi satu video berkaitan sekumpulan pelajar sebuah sekolah Cina yang didakwa tidak menghormati lagu kebangsaan.
Bagaimanapun beliau kemudiannya memohon maaf di laman Facebook miliknya pada Jumaat lalu berkaitan komen yang dilontarkannya itu sebelum memadamkan hantaran berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
