Arak, rokok seludup bernilai lebih RM128,000 dirampas

Pelbagai jenis arak tiruan dan rokok tidak bercukai dirampas di sekitar Grisek pada Rabu. - Foto IPD Tangkak
Pelbagai jenis arak tiruan dan rokok tidak bercukai dirampas di sekitar Grisek pada Rabu. - Foto IPD Tangkak
A
A
A

TANGKAK – Pelbagai jenis arak tiruan dan rokok tidak bercukai bernilai lebih RM128,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Grisek pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, serbuan pertama dilakukan sepasukan anggota Polis Marin Wilayah 2 Muar ke atas sebuah kawasan tanah rizab milik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kampung Baru Grisek.

"Dalam serbuan 12 tengah hari itu, pelbagai minuman keras serta rokok yang dipercayai tidak sah telah ditemui.

"Sementara serbuan kedua pada jam 6 petang oleh anggota Balai Polis Tangkak membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 66 tahun, bersama rampasan rokok dipercayai tidak bercukai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, rampasan keseluruhan melibatkan 164 karton rokok pelbagai jenis, sembilan karton minuman keras, dan 67 botol minuman keras.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Orang awam agar diingatkan agar tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan haram kepada polis di talian Hotline IPD Tangkak 06-9785222,"ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!