6,000 anak pokok seludup bernilai RM700,000 dirampas

Sebahagian daripada 6,000 anak pokok buah-buahan yang diseludup dari Thailand.
Sebahagian daripada 6,000 anak pokok buah-buahan yang diseludup dari Thailand.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebanyak 6,000 anak pokok buah-buahan yang diseludup dari Thailand di Kampung Lubok Gong di sini telah dirampas oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa pada Khamis.

Rampasan pada jam 6.45 pagi itu dilakukan terhadap sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh seorang lelaki berusia 21 tahun semasa Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 6,000 anak pokok ditemukan dan disyaki mempunyai serangga perosak serta penyakit.

"Pemandu yang ditahan ini dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan.

"Kes disiasat bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, suspek serta barangan rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!