Buli: Dua hukuman menanti anggota ATM

Adly (dua, kiri) bersama Dr Hafidzah dan Khalid (kanan) semasa merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat DUN Kota Lama di Kota Bharu pada Khamis.
Adly (dua, kiri) bersama Dr Hafidzah dan Khalid (kanan) semasa merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat DUN Kota Lama di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (Mindef) menegaskan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dengan kes buli akan berdepan dua jenis hukuman sekiranya didapati bersalah.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, hukuman tersebut melibatkan tindakan di peringkat Mindef dan juga undang-undang negara.

"Mindef tidak akan membenarkan buli berlaku, walaupun kita (ATM) agak tegas dalam sesi latihan kerana ada modul (latihan) yang perlu diikuti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad.

Adly menjelaskan bahawa pihaknya dapat membezakan antara latihan ketenteraan yang tegas dan tindakan buli.

“Mindef tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota ATM yang melanggar batasan dalam latihan sehingga membawa kepada buli,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, walaupun kes buli dalam kalangan anggota ATM adalah kes terpencil, Mindef telah mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Sebagai contoh di peringkat institusi pendidikan bawah Mindef iaitu Maktab Tentera Diraja, kita telah tambah bilangan warden, mengasingkan pelajar baharu dan lama.

"Bilangan CCTV (kamera litar tertutup) turut ditambah dan jika unsur-unsur buli dikesan, kita akan terus memanggil pelajar terlibat untuk diberikan nasihat sebagai langkah pencegahan awal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Adly berkata, Mindef juga mempunyai jawatankuasa dalaman yang akan membuat keputusan berkait dengan kes buli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!