Exco Perak bertugas seperti biasa

Mohammad Nizar menunjukkan kad akses miliknya ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Mohammad Nizar menunjukkan kad akses miliknya ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Semua Exco kerajaan Perak meneruskan tugas seperti biasa hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi mendapati exco-exco kerajaan negeri memasuki pejabat seperti biasa.

Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ditemui media berkata, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.

Menurutnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih kekal sebagai Menteri Besar Perak dan semua Exco kerajaan negeri masih kekal menyokongnya.

"Barang-barang masih di pejabat, tak kemas pun. Jadual hari ini pun macam biasa, pelabur pun masih yakin dan saya cakap pada mereka kerajaan negeri masih kekal.

"Kami Exco kekal bersama Ahmad Faizal. Jangan buat spekulasi. Kami Exco tertakluk kepada undang-undang," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai situasi politik di Perak selepas pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, setakat ini Ahmad Faizal masih tidak dapat dihubungi.