[VIDEO] Tentera tumbuk wanita didakwa pula atas pertuduhan khianat

A
A
A

SEREMBAN - Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang pemandu wanita bulan lalu dihadapkan pula ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan khianat.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan khianat terhadap harta benda dengan cara merosakkan pintu depan kereta milik seorang wanita berusia 28 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 29 Mac 2025, kira-kira jam 10.20 malam di Taman Satria, Senawang di sini.

Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang pemandu wanita bulan lalu dihadapkan pula ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan khianat.
Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang pemandu wanita bulan lalu dihadapkan pula ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan khianat.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan RM8,000.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Syed Fadil Syed Othman memohon jaminan minimum terhadap tertuduh yang bekerja sebagai tentera dan menanggung dua anak manakala isterinya hanya suri rumah.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hafiz diiring polis ketika di mahkamah
Abdul Hafiz diiring polis ketika di mahkamah

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes 19 Mei ini.

Pada Isnin lalu, tertuduh telah didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menumbuk wanita sama, namun dia mengaku tidak bersalah.

Media sebelum ini melaporkan tular satu klip memaparkan seorang pemandu kereta Perodua Axia wanita ditumbuk seorang lelaki di Senawang.

Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan berang kerana mendakwa anaknya dilanggar pemandu kereta terbabit ketika melintas jalan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!